Isnin, 20 Februari 2012

Hadith-hadith Berkaitan Keutamaan Bekam

Banyak dalil menyarankan kita berbekam dan kelebihannya. Diantaranya:

1. Dari Sa'id Bin Jubair, dari Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda:
     " Kesembuhan itu ada dalam tiga hal. Iaitu minum madu, sayatan dengan alat bekam dan kay. Namun aku          melarang umatku melakukan kay." Riwayat Bukhari.

2.  Dari Jabaroh Bin Mughollis dari Katsir Bin Salim, ia berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata : Rasulullah bersabda:
     " Aku tidak berjalan di hadapan  sekelompok malaikat pada malam aku di Isra'kan, kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

     Dalam riwayat yang lain, dari Ibnu Abbas Rasusullah bersabda :
     " Hendaklah kamu berbekam wahai Muhammad." Riwayat Tirmizi.

3.  Dari Thowus, dari Ibnu Abbas :
     " Bahawa Rasulullah pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekam."

4.  Di riwayatkan dari Anas Bin Malik bahawa Rasulullah bersabda :
     "Sesungguhnya cara pengobatan kalian yang paling baik adalah dengan bekam dan menggunakan tanaman al-qusthul bahri."

5.  Dari Abu Hurairah secara marfu', beliau bersabda :
     " Barangsiapa melakukan bekam pada hari ke 17, 19 atau 21 maka akan menyembuhkan berbagai penyakit."

6. Diriwayatkan oleh Tarmizi dalam kitab Sunan hadis no 2053, Ibnu majah hadis no 3478 dan Hakim IV/212 bahawa Rasulullah bersabda :
     " Hendaklah kalian berbekam pada tengah qomahduwah kerana ia dapat menyembuhkan 72 penyakit."

dan banyak hadis-hadis lain yang menjadi dalil keutamaan berbekam.


   

2 ulasan:

  1. sebenarnya hukum yang membolehkan mengambil upah dari bekam itu boleh atau makruh.dan satu hal lagi jika bekam dengan upah tertentu/pasang tarif gmn?

    BalasPadam
  2. semua penyakit dan kesembuhanya adalah hak allah swt dan cara paling baik segala adalah pengobatan bekam,sebab itu adalah pengobatan yang diajarkan langsung kepada nabi kita,yaitu nabi muhammad saw.

    BalasPadam